Rakyat Malaysia mungkin boleh mengucapkan selamat tinggal kepada keamanan, kestabilan negara serta pertumbuhan ekonomi yang baik sekiranya negara ini dipimpin oleh mereka yang menyokong demonstrasi serta keganasan jalanan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu menunjukkan tidak mustahil perkara itu boleh berlaku di negara ini seperti yang terjadi di beberapa negara Arab.
"Melihat bagaimana banyak demonstrasi antikerajaan telah menjatuhkan beberapa negara Arab sebelum ini, Nik Aziz (Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat) juga telah mengisytiharkan bahawa menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi adalah 'halal'.
"Ia jelas bahawa Pas sudah menerima cara Bersih iaitu demonstrasi ganas sebagai langkah untuk mengambil alih kuasa sekiranya ia kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Akibatnya negara akan menderita kerana kerap berlaku demonstrasi ganas.
"Ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perniagaan dan pertumbuhan ekonomi. Nik Aziz sendiri sudah menganggap kerajaan sedia ada sebagai menindas dan diktator dan rakyat berhak menggulingkannya," katanya dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.co.cc hari ini.
Dr. Mahathir berkata, Bersih 3.0 tidak dinafikan adalah perhimpunan terbesar dan terganas dalam siri perhimpunan itu yang diadakan sebelum ini dan tidak mustahil pada masa depan, ia akan menjadi lebih besar dan lebih ganas.
Katanya, walaupun matlamat perhimpunan itu diadakan adalah bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, namun objektif itu sebenarnya boleh diragui.
Dr. Mahathir berkata, mungkin agak sukar bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula negeri-negeri yang telah kalah di tangan pembangkang, malah mungkin pembangkang boleh menang lebih banyak kerusi.
"Jadi mengapa adakan demonstrasi bagi mendesak supaya pilihan raya di negara ini lebih bersih dan adil?," kata beliau.
Mungkin jika pembangkang kalah di negeri-negeri atau peringkat persekutuan, maka barulah boleh dikatakan bahawa pembangkang akan menuduh kerajaan tidak menjalankan pilihan raya yang adil dan bahawa kerajaan sebenarnya telah menipu," katanya.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
8 hours ago
+ comments + 1 comments
Cucu cicit Tok Sagur
sepatutnya polis membenarkan anggota pemuda2 umno, Jati & Perkasa bertembung dg bersih ini. Dan kita akan tengok siapa kuat, biar kita bermandi darah di KL, Pantang Melayu Undur Kebelakang.
Post a Comment