BUTTERWORTH 24 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang  didakwa melakukan pembohongan apabila tidak memberi fakta sebenar  berhubung isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau  bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah universiti asing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi  Yahaya mendakwa, ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri  (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri menyatakan bahawa pengambilan tanah  berkenaan masih di peringkat cadangan dan kajian.
''Bila disiasat, tanah itu sebenarnya sudah pun digazetkan mengikut  Seksyen 8 (Akta Pengambilan Tanah 1960) dan ini membuktikan bahawa  proses pengambilan tanah sedang berlaku.
''Hanya tunggu perbicaraan dan bayar duit (pampasan penduduk) akan  dibuat, seterusnya tanah menjadi hak kerajaan negeri. Jadi, bagi saya  ini satu pembohongan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita  selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini semalam.
Mesyuarat itu dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid  Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Kerajaan negeri bercadang mengambil sebahagian besar tanah milik  penduduk di Kampung Genting untuk dijadikan sebagai Hab Kecemerlangan  Pendidikan termasuk pembinaan universiti swasta dari luar negara.
Cadangan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan penduduk yang  mempersoalkan kewajaran tanah di perkampungan kecil itu mahu diambil  sedangkan masih banyak tanah kosong di tempat lain yang lebih sesuai  seperti di Kuala Sungai Pinang, Pulau Betong dan Air Putih.
Pada 18 Oktober lalu, lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun  bagi membantah cadangan tersebut dan bertekad akan mempertahankan tanah  berkenaan daripada diambil.
Sementara itu, Hilmi turut mempersoalkan pembinaan universiti swasta  di tapak berkenaan kerana ia tidak memenuhi syarat proses pengambilan  tanah yang menetapkan pembangunan hendaklah membabitkan kepentingan  awam.
''Setakat ini Kementerian Pengajian Tinggi tiada menerima permohonan  daripada kerajaan negeri untuk membina universiti berstatus awam,  sebaliknya kami difahamkan ia berstatus swasta.
''Lebih penting, kita bukan bercakap soal tanah orang Melayu tetapi  melibatkan semua kaum memandangkan penduduk termasuk yang berketurunan  Cina dan India sudah lama tinggal di situ dan masih ada tempat lain  lebih sesuai," jelasnya.
Kebaikan Anggur Hitam: Buah Hebat untuk Kesihatan Menyeluruh
                      -
                    
Dalam dunia pemakanan sihat, anggur hitam atau lebih dikenali sebagai 
blackcurrant merupakan salah satu buah yang tinggi khasiat dan sering 
disyorkan unt...
3 days ago
Post a Comment