PULAU PINANG 9 Dis. - Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bertindak meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 yang bermula hari ini.
Tindakan itu diambil selepas kesemua ADUN berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan ADUN pakatan rakyat yang dilihat terus-terusan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Abdul Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) seolah-olah cuba menutup ruang perbahasan yang diperuntukkan kepadanya.
Jahara yang ditemui di luar dewan seterusnya berkata, mereka tidak memboikot persidangan tetapi cuma mengambil masa rehat sebagai protes terhadap persidangan dewan yang dilihat seolah-olah tidak memberinya ruang bercakap. - UTUSAN ONLINE
Post a Comment