Headlines News :
Home » » ADUN BN BERTAM BAWA ISU RAKYAT DARI AKHBAR SINAR HARIAN @SinarOnline

ADUN BN BERTAM BAWA ISU RAKYAT DARI AKHBAR SINAR HARIAN @SinarOnline




GEORGETOWN - Sinar Harian menjadi rujukan dan bahan sokongan Adun BN dari Bertam, Shariful Azhar Othman ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2014 di Dun, semalam.

Sambil menyifatkannya sebagai akhbar untuk semua rakyat, beliau tertarik menggunakan Sinar Harian kerana mempunyai banyak bahan bercorak tempatan dan laporan yang lebih mendalam.

“Saya nampak akhbar ini lebih memaparkan berita tempatan dan ia memang sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat.

“Jadi lebih elok saya menggunakannya sebagai rujukan ketika berbahas. Banyak juga isu masyarakat dan alam sekitar yang diketengahkan Sinar Harian selama ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi sidang pagi ditangguhkan.

Menurutnya, sesuai dengan konsepnya yang telus dan tulus, Sinar Harian diterima oleh semua pihak dan penggunaannya sebagai bahan rujukan pasti tidak menimbulkan pertikaian.

“Sebelum ini pun, saya lihat banyak juga Adun yang menggunakan Sinar Harian sebagai bahan rujukan ketika perbahasan. Tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan kesahihannya.

“Jadi saya rasa wajar guna akhbar ini kerana ia sudah diterima semua pihak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Sinar Harian terus mendedahkan isu-isu masyarakat untuk kebaikan bersama.

Ketika perbahasan, Shariful Azhar didapati memetik laporan Sinar Harian ketika membangkitkan isu pencemaran Sungai Pinang, penggondolan

Bukit Relau, penebangan pokok gaharu secara haram, pembinaan beberapa projek di Bukit Bendera, pencemaran pantai Batu Feringghi dan operasi kebersihan jabatan kesihatan negeri dengan kerjasama beberapa agensi lain.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger