Headlines News :
Home » » KUCING KURAP : SIKAP DAP MEMANG BIADAP & SUKA HINA ORANG

KUCING KURAP : SIKAP DAP MEMANG BIADAP & SUKA HINA ORANG




PERMATANG PAUH 28 Nov. - Sikap pemimpin DAP menggunakan perkataan kesat berbaur penghinaan terhadap pihak lain memang berlaku sejak dahulu lagi, malangnya perbuatan itu telah berjangkit kepada pemimpin pelapis mereka.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, bukanlah perkara yang mengejutkan jika melihat kepada rekod DAP.
"Pada tahun 1960-an, ketika negara dilanda krisis ketegangan kaum dan politik, pemimpin-pemimpin DAP mencaci orang Melayu dengan mengeluarkan perkataan kesat seperti 'Melayu masuk hutan' dan sebagainya. Perkara ini direkodkan dalam laporan sejarah.

"Jadi, tindakan Jeff Ooi yang menggelarkan penjawat awam di negeri ini sebagai 'kucing kurap' boleh dikatakan sebagai menyambung sikap biadab pemimpin DAP terdahulu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Karnival Ilmu 3P yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Jeff Ooi yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri menerima kecaman hebat apabila baru-baru ini menggelarkan kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

Mengulas lanjut, Shabudin berkata, DAP sejak dahulu lagi tidak menyumbang kepada jalinan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Perbuatan Jeff Ooi itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang bongkak, tidak menghargai kakitangan awam dan tidak ada jiwa untuk rakyat.

"Saya berasa sangat kesal. Ini menunjukkan rupa mereka yang sebenar dan rakyat perlu menilai pemimpin seperti ini," katanya.


Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger