Headlines News :
Home » » MUHYIDDIN MOHON MAAF JIKA KENYATAANNYA MENGGURIS HATI KELUARGA AZIZAN

MUHYIDDIN MOHON MAAF JIKA KENYATAANNYA MENGGURIS HATI KELUARGA AZIZAN



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sekiranya ucapannya di Sungai Limau pada Sabtu lalu mengguris hati keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau selama lima penggal itu.

 "Sebenarnya sesiapa yang hadir di majlis tersebut, saya menyebutkan tentang bajet, menjelaskan tentang subsidi dan saya sebut mengenai gula di situ saya menyebutkan kita nak menjaga kesihatan. 

Tetapi bukan tujuan saya untuk mencemarkan nama baik Allahyarham ataupun merendah-rendahkan beliau kerana kita tahu Allahyarham ialah seorang pemimpin yang berjasa.

Tapi apa pun sebagai manusia kalau kenyataan itu disalahtafsirkan ataupun dirasakan menyinggung keluarganya saya mohon maaf.

Sebagai seorang Islam kadang-kala kalau ada terlanjur kita minta maaf. Itu yang penting," kata Muhyiddin. 

Beliau ditemui dalam sidang akhbar selepas melawat sekolah pondok, Madrasah Mazahirul Ulum di Bukit Choras di sini hari ini. Muhyiddin pada hari Sabtu lalu mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

 Portal propembangkang memetik kenyataan beliau sebagai berkata, "pengurangan subsidi itu untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan."

 Muhyiddin dalam sidang akhbar itu turut meminta agar masyarakat mendengar semula rakaman ucapan beliau sebagai penilaian.

 "Saya minta semak balik video itu sebenarnya, ucapan saya dan pegawai saya mengesahkan bahawa nada saya langsung tidak ada (unsur menghina).

Tetapi bila dibangkitkan oleh media sosial The Malaysian Insider jadi ada respon dan disambut oleh (Datuk) Mahfuz, kata Muhyiddin. Menurutnya, ucapan beliau mungkin dimanipulasikan kerana pembangkang tidak mempunyai banyak isu bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau.

 "Termasuklah lawatan ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom digunakan, dalam surat keluar gambar yang diubah suai calon Pas mengadap Allahyarham Azizan. “Saya tak tahu kenapa, mungkin kerana mereka rasa tergugat jadi diguna pelbagai cara untuk mempertahankan kerusi ini," kata Muhyiddin. -
UTUSAN ONLINE

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger