Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO SEDIA BAWA PERUBAHAN , MAHU PEREMAJAAN PARTI DIPERHEBATKAN - KJ

PEMUDA UMNO SEDIA BAWA PERUBAHAN , MAHU PEREMAJAAN PARTI DIPERHEBATKAN - KJ





Transformasi yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin membawa dimensi baru kepada Umno di sambut baik oleh Pemuda parti. 
Ketua Pemuda Umno  Khairy Jamaluddin berkata, sejak sekian lama lagi,  perkara itu memang diamalkan. Proses peremajaan parti sentiasa berlaku tetapi ia perlu diperhebatkan lagi.
“ Umno sentiasa memerlukan peralihan generasi dan kemunculan pemimpin muda adalah penting untuk menggabungkan pemimpin muda ini dengan pemimpin berpengalaman,” katanya.
Jelas Khairy, pemuda Umno bersedia melaksanakan tugas-tugas yang lebih besar jika transformasi yang disarankan kepada parti tersebut dilaksanakan.
Sementara itu, Exco Pemuda Umno Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sebagai pelapis, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik demi kepentingan parti. 
“Semua gerak kerja perlu ada kombinasi dalam kalangan pemimpin baru dan lama di mana masing-masing memiliki pengalaman dan ilmu berbeza.
“Pemuda sentiasa bersedia dalam menggalas sebarang tanggungjawab yang akan diberikan,” jelasnya apabila diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri. 
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Umno memberi ruang kepada golongan muda sebagai pemimpin untuk kebaikan parti itu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger