Home »
UMNO
» UMNO TIDAK PERNAH PINGGIRKAN PERKASA - RAZALI IBARAHIM
Pemimpin Umno hari ini menjawab kemarahan Perkasa semalam dan menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi merungkai sebarang kekeliruan.
Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.
Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.
“Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno,” katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
“Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana,” katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.
Selain Razali, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut menafikan Umno meminggirkan Perkasa.
“Saya tidak nafikan dakwaannya. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen biasa Umno, saya nak beliau tahu Umno tidak pernah meminggirkan Perkasa.
“Tidak betul untuk dia (Ibrahim) marah-marah. Tuntutan mereka boleh dipertimbangkan Umno selagi tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum,” katanya.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang reaksi ketika ini.
“Biar Ibrahim Ali tenang dulu. Kemudian kita boleh bincang mengenai kemarahannya,” katanya.
Semalam, Ibrahim menyelar Umno kerana tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu meminggirkan Perkasa, sebaliknya memberi layanan baik kepada kumpulan 'biadap' termasuk Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum PRU13.
Berikutan itu, beliau kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran untuk mengambil langkah yang tidak dinyatakannya
Post a Comment