Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi ini dan baginda telah memberi perkenan supaya Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Ia sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dan saya berharap Barisan Nasional dapat memenanginya.
Bersempena dengan itu, saya ingin berkongsi dengan anda tentang visi saya mengenai Malaysia. Saya mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik. Ini termasuk dengan memastikan supaya ekonomi kita terus berkembang agar perniagaan di negara ini mampu mendapat keuntungan berganda, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebab itulah saya memperkenalkan transformasi politik yang dapat menjamin keselamatan serta kebebasan selain memastikan rakyat berbilang kaum di negara ini terus bersatu agar Malaysia kekal stabil dan makmur.
Pencapaian kami selama ini telah membuktikan bahawa kami adalah Kerajaan yang menepati setiap janji kepada rakyat. Saya seru kepada semua agar berbangga dengan setiap pencapaian yang telah kita kecapi selama ini sekali gus menghiraukan segala tohmahan negatif dari sesetengah pihak terhadap Malaysia. Kita akui, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan, namun, negara kita telah mencapai pelbagai peningkatan sejak empat tahun kebelakangan ini dan kita patut berbangga dengannya. Malah, kita menjangkakan Malaysia akan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2018, iaitu dua tahun lebih awal daripada sasaran asal kita.
Sudah tentu, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak cukup untuk menilai sesuatu pembangunan. Kejayaan ekonomi semata-semata sudah pasti tidak mencukupi kerana apa yang lebih penting masyarakat itu sendiri yang perlu merasai sesuatu pembangunan. Sebagai contoh, rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing tidak kira apa pun bangsa serta kepercayaan agama mereka. Mereka perlu sentiasa berasa selamat berada di dalam komuniti Malaysia selain mendapat bekalan air bersih dan infrastruktur jalan yang berada dalam keadaan baik.
Dalam tempoh hanya empat tahun, kita telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan setiap hasrat rakyat itu mampu dicapai. Kini, 84 peratus daripada kontrak yang dikeluarkan Kerajaan telah mendapat penilaian pencegahan rasuah. Kadar jenayah telah menuruh hampir 10 peratus setiap tahun. Lebih 3,500 km jalan baru telah dibina dan kira-kira 200,000 rumah telah disalurkan dengan bekalan air bersih.
Lebih 5 juta rakyat mendapat manfaat daripada pengenalan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia yang sekali gus membantu mengurangkan beban kehidupan harian mereka. Kita juga telah memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan memperkenalkan kadar gaji minimum. Selain itu, kita juga telah meminda serta memansuhkan beberapa akta yang tidak lagi relevan termasuk melakukan transformasi terhadap undang-undang percetakan serta menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Kita memang benar-benar sedang melakukan perubahan. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan transformasi negara dapat dilaksanakan. Dengan mandat yang kukuh daripada rakyat, kita mampu melaksanakan tugas ini dengan baik.
Pilihan raya kali ini bukan lagi mengenai masa lampau sebaliknya ia adalah mengenai masa hadapan kita bersama. Segalanya adalah mengenai impian kita untuk melihat hala tuju negara. Anda perlu membuat pilihan untuk masa depan negara yang kita cintai.
Sebelah pihak bersifat pesimistik dan berpecah belah, manakala sebelah pihak lagi lebih jelas serta optimistik terhadap masa hadapan. Pihak sebelah sana juga tidak bersedia serta sering menabur janji-janji manis manakala sebelah pihak lagi telah terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Saya yakin dengan dengan pencapaian cemerlang dari Kerajaan yang ditadbir oleh saya selama ini, kita mampu dapat menggalas tanggungjawab rakyat dengan baik. Saya mahu melihat setiap debat yang membina dapat diadakan memandangkan setiap daripada kita mempunya cara serta pandangan masing-masing untuk Malaysia yang kita cintai. Saya yakin perpaduan di negara ini mampu menjadikan kita lebih kuat.
Pengalaman banyak mengajar saya mengenai pelbagai perkara termasuk hubungan antara Kerajaan dan perubahan kehendak rakyat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Saya juga sedar akan kepentingan untuk kita semua bersatu berdasarkan konsep 1Malaysia.

Dengan rendah hati, saya menyeru kepada anda semua agar terus memberi sokongan kepada saya supaya kita dapat bersama-sama mewujudkan sebuah negara yang lebih baik. Seperti juga Allahyarham ayahanda saya sebelum ini, saya telah menyerahkan segala-galanya kepada rakyat dan negara ini. Sekiranya diperlukan, saya bersedia untuk terus berbakti kepada anda semua.
Ini adalah waktu yang penting dalam sistem demokrasi negara. Sama ada anda adalah pengundi kali pertama ataupun yang telah menghadapi pengalaman mengundi sebelum ini, masanya telah tiba untuk anda menentukan masa depan negara. Saya harap anda membuat pilihan yang tepat.
Marilah kita sama-sama membawa masa depan yang baru dan lebih baik untuk Malaysia.
Marilah kita sama-sama membawa masa depan yang baru dan lebih baik untuk Malaysia.
Post a Comment