Headlines News :
Home » » Karpal wakil rakyat bermusim , jarang berjumpa penduduk

Karpal wakil rakyat bermusim , jarang berjumpa penduduk




PULAU PINANG 8 April - Kawasan Parlimen Bukit Gelugor yang sering disebut sebagai kubu kuat Pengerusi DAP, Karpal Singh sebenarnya hanyalah perspektif yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.
Penasihat Undang-Undang MCA Bahagian Bukit Gelugor, Teh Beng-Yeam berkata, hakikatnya Karpal hanyalah wakil rakyat bermusim berikutan kesukaran penduduk di situ untuk bertemu dengannya kerana beliau jarang turun padang.

Malah menurutnya, pusat khidmat yang dikendalikan Karpal juga tidak beroperasi sepenuhnya.

"Selain jarang turun berjumpa penduduk, Karpal hanya muncul pada musim tertentu terutama semasa dekat pilihan raya," katanya kepada pemberita semasa menyertai program Jelajah Sayang anjuran UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini semalam.

Beng-Yeam menambah, pengundi di Parlimen Bukit Gelugor tidak sepatutnya diperdaya lagi dengan sikap pemimpin pembangkang yang hanya mahukan kuasa dan tidak mampu membela nasib mereka.

Jelas beliau, sudah sampai masanya mereka kembali kepada BN yang ternyata berjaya melaksanakan banyak program bantuan untuk rakyat.

Sementara itu, kira-kira 200 keluarga di Kampung Sungai Gelugor menerima bantuan barangan keperluan harian sempena penganjuran program tersebut.

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger