Headlines News :
Home » » Guan Eng tetap pertahankan projek terowong RM6.3 Billion

Guan Eng tetap pertahankan projek terowong RM6.3 Billion


Ketua Menteri sementara Pulau Pinang, Lim Guan Eng percaya bahawa kerajaan negeri telah tampil dengan penyelesaian yang paling praktikal mengikut keadaan untuk menangani masalah kesesakan lalulintas di pulau itu.


Ianya dalam bentuk projek pengurangan lalulintas bernilai RM6.3 
bilion yang membabitkan pembinaan tiga lebuh raya di pulau itu, dan laluan ketiga yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar melalui terowong di bawah dasar laut.
    
Lim menghadapi tentangan kuat daripada kumpulan NGO dan kumpulan-kumpulan awam yang membantah rancangan tersebut atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun, Lim yakin beliau mendapat sokongan rakyat Pulau Pinang.

Malah, Lim telah memberitahu pihak lawan bahawa beliau bersedia untuk mengikat projek ini dengan kempen pilihan raya untuk mempertahankan Pulau Pinang.

Dalam temubual e-mel dengan KiniBiz melalui emelketua menteri sementara Pulau Pinang itu memberitahu kami mengapa beliau sanggup meletakkan kepentingan masa depan politiknya terhadap  projek pengurangan lalulintas yang menelan belanja berbilion ringgit itu.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger