PULAU PINANG 14 Feb. - Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana mengenakan 'caj tersembunyi' terhadap orang awam yang ingin membeli rumah mampu milik yang bakal dibinanya.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah (gambar) mendakwa, caj tersebut dikenakan bagi pembeli rumah kos rendah berharga RM72,500 di mana mereka terpaksa membayar tambahan RM28,000 jika mahu mendapat satu petak letak kenderaan.
Menurutnya, syarat yang dikenakan itu menyebabkan pembeli terpaksa membayar jumlah keseluruhan lebih RM100,000.
"Saya terkejut apabila mendapati harga rumah itu melambung menjadi RM100,000 sedangkan mereka mencanangkan tujuan projek berkenaan dilaksanakan adalah untuk manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri ini.
Post a Comment