PULAU PINANG 13 Februari – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggariskan beberapa komitmen untuk membangunkan negeri berkenaan sekiranya rakyat negeri itu memberikan semula kepercayaan untuk menerajui negeri berkenaan.
Timbalan Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata BN negeri itu tidak akan bercakap kosong sebaliknya telah merangka beberapa kertas cadangan atau ‘Blue Print” untuk negeri tersebut dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sekiranya rakyat memberikan kepercayaan pada pilihan raya umum nanti.
Menurut beliau rakyat telah melihat bagaimana lima tahun di bawah pemerintahan DAP hari ini, ianya penuh dengan pembaziran selain masa yang terbuang atau dengan kata lainnya seperti masa yang tidak bergerak
“Setelah berlalunya pilihan raya umum 2008, rakyat menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan beri peluang untuk DAP memerintah dan tengok lima tahun mungkin ada sesuatu yang menarik. Mungkin boleh memberikan sesuatu yang menakjubkan. Pelaburan mungkin berlipatganda atau boleh melihat pembangunan yang tidak pernah dibangunkan sebelum ini. Itu anggapan awal.
“Dan rakyat melihat pada tahun pertama…tahun kedua..tahun ketiga..tahun keempat dan sampai tahun kelima sekarang, mereka ini seolah-olah dirasuk satu kesedaran sebenarnya lima tahun yang berlalu adalah masa yang terbuang…dengan kata lainnya seperti masa yang tidak bergerak.
“Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini tidak ada apa yang berlaku perkara baru di sini. Tidak ada satu lonjakan ekonomi yang berlaku. Kita juga lihat orang susah tidak dibela begitu juga dari segi pendapatan rakyat, perumahan kos rendah dan sebagainya lagi. Semua itu hanya boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada BN,” katanya dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online.
Mengulas lebih lanjut transformasi Pulau Pinang kedua, Datuk Zainal seterusnya memberitahu pembinaan rumah kos rendah serta mampu milik dan cadangan untuk mengatasi kesesakan lalulintas antara yang menjadi keutamaan selain bebrapa aspek lain yang turut juga diberikan perhatian.
Beliau seterusnya memberitahu BN negeri itu juga berhasrat untuk mengembalikan semula kerdipan Pulau Pinang yang dulunya dipanggil Mutiara Timur.
“Dulunya jika kita ingat Pulau Pinang adalah kawasan ‘free duty’……selepas itu dihapuskan ‘free duty’ dalam usaha membantu negeri-negeri bersebelahan turut berkembang sama. Pada waktu itu ada pemimpin berwawasan Tun Dr Lim Chong Eu bersama-sama dengan kepimpinan BN lain memikirkan apakah yang perlu dibuat selepas hilangnya status kawasan bebas cukai.
“Itu adalah transformasi Pulau Pinang yang pertama yang membawa negeri yang dulunya keuntungan kepada bebas cukai kepada negeri yang mempunyai sektor perkilangan dan sebagainya. Pertumbuhan meningkat sekaligus dapat memberikan manfaat yang cukup besar kepada rakyat.
“Persoalannya adakah kita terus mahu bergantung kepada indsutri pembuatan ini padahal sekarang ini dunia dan negara telah mula bergerak ke arah services industry.. sektor perkhidmatan.
Oleh itu kita menerusi BN telah merancang sekiranya diberi mandat baru kita akan lakukan pelan transformasi Pulau Pinang kedua yang akan menambah industri pembuatan yang kita ada ini dengan sektor baru yang kita inginkan seperti ‘international financial hub’, satu pesisiran kewangan yang akan membawa sektor perbankan dan kewangan ke negeri ini, pelancongan dan sebagainya lagi,” ujar beliau. -MediaUMNO
Oleh itu kita menerusi BN telah merancang sekiranya diberi mandat baru kita akan lakukan pelan transformasi Pulau Pinang kedua yang akan menambah industri pembuatan yang kita ada ini dengan sektor baru yang kita inginkan seperti ‘international financial hub’, satu pesisiran kewangan yang akan membawa sektor perbankan dan kewangan ke negeri ini, pelancongan dan sebagainya lagi,” ujar beliau. -MediaUMNO
Post a Comment