DAP sering mempamerkan sifat anti-Islam dalam banyak perkara. Sebelum ini, mereka juga membuat kecoh dengan undang-undang pemakaian songkok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mereka tidak mempunyai sebarang agenda Islam dalam perjuangan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Koo Ham yang didakwa mengeluarkan provokasi terhadap hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bergabung dengan Dewan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims.
Tweet yang berbunyi : “Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?”
Tunku Abdul Aziz membidas sikap pilih kasih yang ditonjolkan oleh DAP yang mempersoalkan umat Islam membuang tenaga dan masa dalam mengadakan protes terhadap filem tersebut.
“Perhimpunan bersih yang memporak-perandakan satu negara kononnya untuk pilihan raya yang lebih bersih, itu elok buat mereka.
“Mempergunakan pelajar dan golongan muda untuk melakukan demonstrasi haram di jalanan termasuk pada ambang merdeka bukan salah tetapi protes untuk meluahkan perasaan umat Islam adalah membunag masa? sungguh biadap mereka ini,” tegasnya.
Tunku Abdul Aziz turut mempersoalkan sikap sambil lewa kepimpinan tertinggi seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang sehingga ini enggan mengeluarkan kenyataan membidas Koo Ham.
“Bukankah mereka berdua ini sungguh lantang selama ini? Mengapa diam kini? Adakah ini pendirian DAP? Demonstrasi haram di jalanan adalah betul dan protes aman tanda tidak puas hati adalah tidak betul?
“Saya ingin memberi amaran kepada mereka jangan cuba politikkan isu berkaitan dengan agama.
Sudah menjadi amalan DAP untuk mempolitikan semua pekara tetapi jangan bermain dengan sentimen orang Islam. Setiap orang Islam mempunyai hak untuk meluahkan perasaan mereka pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Beliau turut menggesa rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu untuk melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP dan henti menyokong mereka.
“DAP sering memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanya perkara berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis mereka yang kononnya turut berjuang untuk orang Melayu.
“Sedarlah sebelum terus dipergunakan oleh mereka untuk kepentingan mereka sendiri,” ujarnya.
Post a Comment