Headlines News :
Home » » Campak Jalur Gemilang oleh MPPP tindakan biadap - Musa

Campak Jalur Gemilang oleh MPPP tindakan biadap - Musa



PULAU PINANG, 3 Sept – Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bukan sekadar menurunkan Jalur Gemilang malah mencampakkannya ke atas tanah adalah satu tindakan biadap dan tidak menghormati bendera Malaysia yang melambangkan maruah negara. Tindakan tersebut diambil oleh MPPP kononnya adalah atas arahan pihak atasan. Bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) adalah bersempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera.

 Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, alasan MPPP bahawa ianya diarahkan oleh pihak atasan membuktikan bahawa Kerajaan DAP memang tidak tahu adab dan sedikitpun tidak mempedulikan maruah Negara.

 “Jalur Gemilang adalah lambang maruah negara. Sekiranya di negara lain, bendera ini disanjung dan dijaga dengan baik. Tetapi DAP bila mengajar pengikutnya bersikap kurang ajar dan biadap. Ianya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.

 “Disebabkan ajaran biadap inilah, maka bukan sahaja MPPP bersikap tidak rasional hanya kerana menurut arahan malah apa yang terjadi di malam merdeka di Kuala Lumpur juga adalah bukti ajaran kurang ajar pembangkang. Penyokong mereka memijak gambar pemimpin dan membawa bendera yang kononnya nak digantikan dengan Jalur Gemilang adalah sesuatu yang benar-benar mencabar maruah negara,” ujarnya kepada UMNO-Online.

 Oleh itu, Musa berharap agar rakyat di negara ini berfikir semula, adakah pemimpin yang menerapkan ajaran biadap dan cuba menanam rasa kebencian di hati rakyat sehingga boleh mengundang keadaan huru hara ini layak untuk terus diangkat dan diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin. “Rakyat boleh menilai, pembangkang hanya mementingkan politik dan hanya berpolitik 24 jam… Kerana politik mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk membelakangkan maruah negara dan masa hadapan rakyat.

Harus diingat, Jalur Gemilang adalah ‘panji’ Negara. Sekiranya ‘panji’ negara diperkotak katikkan, bermakna maruah kita selaku rakyat negara ini juga dipermain-main dan diinjak sesuka hati mereka. “Sikap pembangkang semakin hari semakin melampau… Kita lihatlah apa yang terjadi kebelakangan ini, terlalu banyak isu provokasi yang mereka lakukan.

Semakin dekat pilihan raya, semakin teruk kelakukan mereka. Contohnya di Selangor, sikap Kerajaan Negeri yang membelakangkan Sultan dalam sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri… termasuklah apa yang terjadi di Pulau Pinang ini.

Semuanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar pembangkang. “Jadi saya amat menyeru kepada seluruh rakyat Negara ini, berfikirlah dengan bijak dan jangan sesekali terpengaruh dengan pembangkang yang semakin hari semakin terserlah kebiadapan mereka..,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger