Headlines News :
Home » » Bekas kakitangan pejabat Guan Eng memiliki rumah RM1.8 juta

Bekas kakitangan pejabat Guan Eng memiliki rumah RM1.8 juta



SUNGAI PETANI - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown. Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.

 "Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger