PULAU PINANG 7 Ogos - Pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang dibidas kerana cuba mengelirukan rakyat dengan 'bermain' angka berhubung isu rumah mampu milik.
Ketua Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi Gerakan negeri, Dr. Thor Teong Gee berkata, kerajaan negeri sepatutnya membuktikan mereka prihatin dalam isu tersebut dengan membina segera rumah mampu milik.
Menurutnya, dakwaan kerajaan DAP telah melaksanakan empat projek perumahan mampu milik termasuk di Jalan S. P. Chelliah dan Batu Kawan sejak 2008 menimbulkan tanda-tanya.
"Ini kerana sampai hari ini, binaan asas di kawasan projek berkenaan pun tiada lagi.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang dakwa mempunyai peruntukan sejumlah RM500 juta bagi dana perumahan mampu milik tetapi apa gunanya jika tidak digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Post a Comment