PERMATANG PAUH - Dua pemimpin PKR didakwa membawa pengaruh buruk kepada Pas hingga menyebabkan parti itu tersasar dari landasan perjuangan sebenar.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut mempersoalkan kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa tidak membantu mantapkan perjuangan Pas.
Beliau berkata, Pas tidak akan mengikut telunjuk PKR dan DAP sekiranya bekas Presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor masih hidup.
“Jika ditakdirkan Allahyarham Datuk Fadzil masih ada, Pas sudah tentu tidak akan masuk Pakatan.
“Malah, sebelum meninggal beliau berpesan pada saya untuk terus perjuangkan Islam, hidup dan mati untuk Islam. Tetapi, di bawah pengaruh Anwar, negara Islam sudah jadi negara kebajikan. Orang Pas, PKR dan DAP sudah menjadikan Putrajaya sebagai zikir harian mereka,” katanya.
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
-
Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay? Menteri Dalam Negeri,
Saifuddin Nasution pernah berkata, kerajaan yang ada sekarang tidak lagi
fokus ...
1 day ago
Post a Comment