Headlines News :
Home » , , » TPM persoal keperluan bina projek terowong RM 8 Billion di P.Pinang

TPM persoal keperluan bina projek terowong RM 8 Billion di P.Pinang




KUALA LUMPUR, 16 Nov – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.

“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar rayaGeorge Town.

“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang.

“Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya.

Pada Isnin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar.

Projek yang dicadangkan itu adalah terowong ketiga yang menghubungkan Persiaran Gurney ke daerah Seberang Perai Utara, jalan pintasan menghubungkan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan hubungan antara Bandar Baru Air Itam ke lebuh raya itu serta satu lagi jalan ke jalan pantai dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, menurut portal berita itu.
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
November 17, 2011 at 3:46 PM

Bukan duit LGE...tp duit rakyat....
mmg suka abiskan duit rakyat kan...kan...
gula2 pilihanraya juga ke LGE

Anonymous
November 17, 2011 at 4:55 PM

ala dulu org nak buat PORR depa kata x payah la ni kalut lak nak buat, jalan pun sama nak dekat PRU13 baru tadi aq balik keja baru nak turap jalan baru kalau tidak main tampal menampal je jalan

Anonymous
November 18, 2011 at 1:43 AM

cina bangsat ni meme suka bt benda yg membazir...
wei barua!!!duit kerajaan negeri bukan duit bapak hang la sial...

pejuang hamas...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger