Headlines News :
Home » » BN guna formula pilih calon boleh menang

BN guna formula pilih calon boleh menang





PUTRAJAYA: Calon yang akan diketengahkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 adalah mereka yang dikehendaki dan diterima rakyat, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Berikutan itu, Tengku Adnan berkata, BN akan terus menggunakan formula calon boleh menang atau ‘winnable candidate’, yang boleh menguntungkan parti dengan memenangi setiap kerusi yang ditandingi.


Malah, katanya formula yang sudah digunakan dalam PRU-12 pada 2008, dilihat memberi kelebihan kepada BN kerana setiap calon yang menang ketika itu adalah ‘winnable candidate’.

Katanya formula itu tidak perlu diubah dan akan terus digunapakai pada PRU akan datang. “Seperti selalu disebut Presiden parti, kita nak pastikan calon bertanding dikehendaki rakyat, contohnya kalau saya sendiri dah tahu penduduk Putrajaya tak nak saya, tak payahlah bertanding.


“Lebih baik untuk parti memenangi kerusi daripada saya fikir untuk diri sendiri. Ini kerana bukan Umno, MCA atau MIC yang akan pastikan dia (calon) menang, tetapi rakyat,” katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger