Headlines News :
Home » , » SMS ugutan : Musa cabar Guan Eng buat laporan polis

SMS ugutan : Musa cabar Guan Eng buat laporan polis


GEORGETOWN - Susulan penerimaan tiga khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dilakukan segera.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jika benar ingin mencari dalang di sebalik penghantaran SMS itu, Guan Eng sepatutnya membuat laporan polis.

“Kenapa dia tak buat laporan polis? Bukan sekali, dah tiga kali dan ketiga-tiga SMS itu didakwa berbaur hasutan dan fitnah. Saya cabar, jika dia berani, pergi buat laporan polis bagi menyiasat siapa punya angkara.

“Apa tujuan dia hanya berterusan membuat kenyataan media memberitahu semua orang dia dapat SMS begitu?,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, Guan Eng mendakwa ada pihak tertentu menyebarkan SMS dengan mengatakan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM350,000 kepada yang menyertai perhimpunan Bersih tempoh hari.

Sebelum itu, dia menerima SMS yang ditulis dalam dwi bahasa iaitu bahasa Mandarin dan Melayu itu berbunyi, ‘Lim Guan Eng telah arahkan pihak DAP supaya tidak benarkan ahli Cina DAP terlibat dalam perhimpunan tersebut. Biar orang Melayu bergaduh sesama sendiri’.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 17, 2011 at 8:32 AM

MEMANG LIDAH BIAWAK

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger