Headlines News :
Home » , » Pemuda UMNO desak Anwar jelaskan tentang REVOLUSI

Pemuda UMNO desak Anwar jelaskan tentang REVOLUSI


KUALA LUMPUR 16 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan maksud sebenar di sebalik istilah revolusi yang beliau gunakan selepas perhimpunan haram Bersih, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan Ketua pembangkang tersebut bahawa negara ini sudah menghampiri revolusi telah menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.

''Kita hendak tahu apakah bentuk revolusi yang Anwar ingin bawa? Apakah ia hanya menukar kerajaan sahaja atau sekali gus menukar 'rupa bentuk' dan tiang seri Perlembagaan negara termasuk menidakkan Sistem Raja Berperlembagaan,'' katanya.

Reezal Merican berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Anwar dikecam pelbagai pihak apabila memberitahu media Indonesia bahawa Malaysia semakin hampir revolusi berikutan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Reezal Merican berkata, di sebalik apa yang berlaku di dalam perhimpunan haram Bersih itu terdapat perkara lebih besar perlu dikaji dan dinilai oleh pihak berkuasa.

''Kalau kita mengkaji laporan media-media pro pembangkang jelaslah revolusi yang dikatakan oleh Anwar bukanlah satu mainan media semata-mata tetapi ia sesuatu yang sangat nyata,'' katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan ialah Bersih mempunyai agenda tersirat termasuk mencetuskan kemarahan rakyat yang maksimum kepada kerajaan.

''Buktinya wujud kecenderungan penipuan termasuk 'mempolitikkan' kematian seorang penyokong Bersih, adakah ini sebahagian daripada grand design bagi mencetuskan revolusi,'' katanya.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger