Headlines News :
Home » » Kerajaan Terus Pertahankan Sistem Demokrasi, Tidak Takut Hadapi Pembangkang

Kerajaan Terus Pertahankan Sistem Demokrasi, Tidak Takut Hadapi Pembangkang




KUALA LUMPUR 10 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan sistem demokrasi dan tidak takut menghadapi mana-mana pembangkang dalam pilihan raya umum apabila tiba masanya.

Beliau berkata, kerajaan khususnya UMNO boleh menggembleng penyokong yang lebih besar daripada penyokong pembangkang yang membuat demonstrasi, tetapi UMNO tidak mahu berbuat demikian dan meminta agar rakyat yang membuat keputusan.

Kekuatan kita jelas, jangan ada sesiapapun yang sangsi dengan kekuatan kita, mereka nak berhimpun 100,000? Dalam dewan ini anak buah kita ada berapa, UMNO sahaja 3 juta lebih ahlinya.


“Tidak payah 3 juta, kita kumpul satu juta pun dah cukup, boleh? Kita boleh tawan Kuala Lumpur dengan satu juta ahli UMNO, kita boleh lawan, semalam kita bagi wakil kita Ketua Pemuda saja turun.

“Dia sanggup, dia merasa (duduk) lokap lapan jam, itu baru sikit, kita boleh turun angkatan kita, kalau nak porak peranda kita boleh, tetapi saya nak beritahu, kita berhimpun dalam dewan ini menjunjung prinsip undang-undang Malaysia,” katanya.

Najib berkata pembangkang dan penganjur perhimpunan haram semalam, merupakan “kaki pusing” kerana terlalu banyak helah yang dibuat untuk menggambarkan bahawa Malaysia merupakan kerajaan yang tidak demokratik di mata dunia.

“Mula-mula terima titah nasihat Agong, kata akan batalkan perhimpunan haram, lepas itu pusing balik sebab mereka ini kaki pusing, kata nak buat perarakan aman, kalau polis tak kawal, tak jadi aman.

“Kerana apa? Kerana mereka nak tunjuk pada dunia bahawa kita ini kerajaan yang tidak demokratik, tidak hormat pada undang-undang dan hak asasi manusia, jadi tidak hairanlah dia akan sebar dalam Youtube, media antarabangsa.




“Kononnya kita ini liberal, kita sudah cukup liberal, tengok media online, kebanyakannya bantai kita tetapi kita tak tutup (website), semuanya nak gambarkan pada dunia bahawa kita berat sebelah, kononnya demokrasi kita tempang kerana tidak hormat pembangkang,” katanya.



Najib berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya merupakan pejuang sebenar sistem demokrasi sejak kerajaan ditubuhkan kerana ia sentiasa mempertahankan dan menambahbaik Perlembagaan serta institusi Diraja.

“Kita sebuah parti yang tahu kalau nak kekalkan kuasa di tangan kita, kita mesti dapat tawan dan pikat hati serta minda rakyat, sebab itulah saya ajak kita semua pergi jumpa dengan rakyat, bagi tahu mereka bahawa Umno dan BN tetap pertahankan prinsip-prinsip demokrasi di dalam negara kita,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan memastikan sistem demokrasi dan pilihan raya umum dalam keadaan bebas dan bersih.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger