Headlines News :
Home » » Guan Eng amalkan politik Dinasti Lim -Aminah Abdullah

Guan Eng amalkan politik Dinasti Lim -Aminah Abdullah


Pulau Pinang - Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminah Abdullah berkata, tindakan Lim Guan Eng membenarkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara didakwa satu taktik beliau untuk meraih sokongan penganut Kristian di negeri ini.

Katanya, rancangan itu sememangnya sudah boleh dijangka sebagai antara usaha Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang itu untuk memperkukuh dan mengekalkan kuasa politik dinasti Lim di negeri tersebut.

Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) itu, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menggunakan sentimen perkauman 1Cina sebagai taktik untuk meraih keuntungan politik.

''Saya tidak terkejut dengan apa yang dilakukannya (Lim Guan Eng) dan ayahnya (Lim Kit Siang) kerana kita tahu matlamat sebenar adalah untuk kekalkan kuasa politik dinasti Lim di Pulau Pinang. Ini cara yang sama diguna pakai oleh Lee Kuan Yew di Singapura

''Tapi, saya ingin ingatkan mereka berdua, jangan ingat semua orang bodoh kerana rakyat sudah tahu apa sebenarnya yang mereka mahukan," katanya. - Utusan
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger