Headlines News :
Home » » KENYATAAN AKHBAR YB FARID SAAD MENGENAI ISU RISALAH 'MY BALIK PULAU'.

KENYATAAN AKHBAR YB FARID SAAD MENGENAI ISU RISALAH 'MY BALIK PULAU'.

KENYATAAN AKHBAR YB Sr. MUHAMAD FARID SAAD, ADUN PULAU BETONG BERKAITAN ISU RISALAH My BALIK PULAU

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakan wartawan dan seluruh rakyat Pulau Pinang yang berbangsa Tionghua yang merayakan sambutan penuh bermakna ini.

Saya nak jelaskan disini, bahawa saya membesar dan bersekolah di Balik Pulau. Guru-guru saya, majoriti nya adalah guru-guru China dan saya amat menghargai jasa mereka. Rakan-rakan persekolahan saya adalah dari kaum Cina dan India.

Saya amat memahami hati budi kaum lain. Malahan, dua orang anak saya juga bersekolah disekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masyarakat Balik Pulau adalah masyarakat saya dan InsyaAllah, saya juga akan bersara di Balik Pulau ini.

Saya lebih mengetahui Balik Pulau lebih dari Lim Guan Eng dari Melaka. Maka, adalah jauh sekali untuk saya memainkan isu perkauman di Balik Pulau dan di mana-mana saja dan jauh sekali melahirkan rasa benci sesama kami di Balik Pulau telah telah hidup dalam keadaan aman dan bahagia serta harmoni di Balik Pulau.

ISU-ISU

1. Risalah myBalik Pulau adalah sebuah risalah yang di terbitkan oleh arts-ED, sebuah Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang. Ianya ditaja oleh Penang Education Council (PEC) dan Pejabat Kementerian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang dan di bantu oleh beberapa individu dan organisasi lain.

2. Ianya diterbitkan pada tahun 2010 (seperti tercetak dimuka depan risalah), saya kira dipenghujung 2010, dan diedarkan kepada masyarakat di Balik Pulau sekitar bulan Januari 2011. Edaran tersebut dibuat dibeberapa tempat, antaranya Pusat Internet Desa, tempat orang ramai dan termasuklah disekolah-sekolah.

3. Saya telah mendapat aduan serta pertanyaan daripada ibubapa kepada pelajar sekolah tentang kebenaran fakta yang dinyatakan dalam risalah tersebut. Setelah membacanya, saya mendapati beberapa fakta sejarah adalah tidak tepat.

4. Saya telah menghubungi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan dimaklumkan bahawa pihak PPD tidak pernah memberi sebarang kebenaran pengedaran risalah tersebut dikalangan para pelajar; dan Guru-Guru besar memaklumkan bahawa risalah tersebut telah ditinggalkan disekolah tanpa ada sepucuk surat makluman ataupun pertemuan dengan pihak sekolah.

5. Setelah membaca dan meneliti risalah berkenaan. Saya mendapati bahawa fakta sejarah sebenar pembukaan kawasan Balik Pulau oleh Lebai Tampak dan rombongannya tidak langsung disebut dalam risalah tersebut.

Nama Lebai Tampak yang membuka Balik Pulau adalah berdasarkan kepada kajian sejarah awal Pulau Pinang oleh Dr. Mahani, seorang pakar sejarah di USM. Yang dinyatakan didalam risalah myBalik Pulau, adalah bahawa Balik Pulau dibuka oleh ‘pelarian’ politik dari Thailand, Negeri-Negeri Melayu dibahagian Utara dan Indonesia.

Sebagai seorang terpelajar dan pensyarah di USM, Janet Pillai selaku ketua projek ini, sepatutnya dengan mudah boleh merujuk kepada rakan-rakan sejarahwan yang berada di USM, seperti Dr. Mahani dan Prof Mohamad Salleh.

Apakah negeri-negeri dibahagian utara? Kedah? Perlis?. Bukankah Pulau Pinang dulu adalah sebahagian daripada Kedah. Perlukah mereka menjadi pelarian dinegeri sendiri? Beberapa orang Melayu marah apabila disebut sebagai ‘pelarian’ kerana seolah-oleh mereka adalah keturunan pelarian.

6. Didalam penulisan juga disebut bahawa “kaum melayu juga menggadaikan tanah mereka untuk mendapatkan wang tunai untuk membiayai upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan”. Selain tulisan, ianya juga digambarkan dalam bentuk gambar.

Dalam gambar disebut “ saya (orang Melayu) perlukan duit untuk kenduri kahwin anak saya”. Jadi, orang Melayu digambarkan sebagai kaum yang meminjam duit dari Chettiar dan bergolok gadai hanya untuk kenduri perkahwinan. Orang Melayu menganggap ayat tersebut juga merupakan satu penghinaan kepada nenek moyang mereka.

Perkara-perkara inilah yang mahu dan telah saya tegur. Penerbit harus sedar bahawa risalah tersebut adalah risalah bercetak dan diedarkan kepada orang ramai. Ianya dibaca oleh anak-anak sekolah. Apa sahaja yang dihidang kepada para pelajar akan kekal bersama mereka.

Apakah dengan menegur perkara sebegini dan membetulkan fakta sejarah menyebabkan saya rasis sepertimana yang dituduh oleh Lim Guan Eng?. Dan saya diminta untuk meminta maaf kepada Kerajaan Negeri? Saya tidak akan minta maaf.

Saya ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Lim Guan Eng, secara khusus merujuk kepada akhbar Sinar :

1. Para kedua Akhbar Sinar “Guan Eng berkata, risalah yang dicetak dalam tiga bahasa itu tidak dikeluarkan atau ditaja oleh kerajaan Negeri seperti dakwaan Farid sebaliknya dipercayai dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu.”

Muka belakang di cetak dengan jelas

1. Penerbit = arts-ed (Persatuan Pendidikan Seni)
2. Tajaan = Penang Education Council (PEC) dan Berlogo Kerajaan Negeri
3. Pejabat Kementerian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang dan berlogo Kerajaan Persekutuan
4. DIGI

Perkataan ‘TAJAAN’ menunjukkan bahawa naskah my Balik Pulau dibiayai oleh sebuah Majlis dibawah Kerajaan Negeri dan juga sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancungan. Itu jelas. Saya sedar tentang keterlibatan kedua-dua agensi ini sejak dari awal lagi. (dan ianya juga turut disebutkan dalam tulisan akhbar Utusan).

Daripada YAB KM melenting, lebih baik beliau menyiasat, kenapa logo Kerajaan Negeri digunakan tanpa kebenaran beliau. Bahkan dalam beberapa sidang dewan yang lepas, kita pernah membangkit isu tentang pengunaan logo kerajaan negeri yang harus mendapat kebenaran Kerajaan Negeri.

Tetapi untuk menuduh bahawa naskah tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Risalah itu dicetak pada tahun 2010, itu jelas dicetak diatas naskah itu. Semua orang boleh jawap pada tahun sudah (2010) siapa yang perintah Pulau Pinang!

Yang pasti bukan Barisan Nasional! Sebagai bukti tambahan, Pejabat Kemeterian Pelancungan Malaysia Pulau Pinang juga ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010. Jadi ianya bukan dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.

2. Para 9 : “Guan Eng berkata Kerajaan Negeri selama ini banyak bersabar dengan sikap rasis yang diamalkan oleh Farid, namun tindakannya kali ini sudah melampau kerana kerajaan negeri tiada kena mengena dengan risalah itu.”

Saya cukup tidak suka dengan perkataan ‘rasis’. Sebab itu saya tidak mengunakan perkataan ‘rasis’ kepada sesiapa. YAB KM pula suka sangat menuduh orang ‘rasis’.

Dalam para 5 juga disebut bahawa ….”ADUN UMNO in sengaja mahu membangkitkan sentiment perkauman dan perasaan benci antara kaum, terutamanya di Balik Pulau”. Amat mudah bagi beliau untuk menuduh saya sebagai ‘rasis’.

Saya telah menonton rakaman PC yang dibuat oleh KM Lim Guan Eng. Dia bermula dengan terus menuduh saya rasis, dan berulang kali mengatakan saya rasis. Adakah dia merujuk kepada risalah myBalik Pulau dan meneliti penulisan yang dibuat. Langsung tidak.

Saya nak tegaskan bahawa saya amat menghargai toleransi dan semangat muhibah sesama rakyat Malaysia dari dahulu hingga sekarang. Pembangunan dan kejayaan yang telah kita capai dan nikmati hari ini adalah hasil dari kerjasama semua rakyat Malaysia.

3. Lim Guan Eng mengatakan ….. “kerana kerajaan negeri tiada kena mengena dengan risalah itu.”

Mungkin benar mungkin tidak! , kerajaan negeri tiada kena mengena dengan risalah itu. Sdra/I wartawan boleh fikir sendiri.

Siapakah itu arts-ED? Art-ED adalah sebuah NGO yang diketuai oleh Janet Pillai. Janet Pillai adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Seni, USM.

Walaubagaimanapun sebagai NGO, arts-ED adalah sebuah agensi yang mempunyai kaitan langsung dengan SERI. Dalam laman sesawang (web-site) arts-ED, dijelaskan bahawa organisasinya adalah “ we are led by executive committee under the secretariat of Sosio-Economic & Environmental Research (SERI) Penang”.

Apakah pula kaitannnya dengan kerajaan negeri? Daripada laman sesawang SERI – Think Tank For the State of Penang, Team Member (updated 4 February 2010) Board of Directors antaranya adalah YB DCM II Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy, YB Liew Chin Tong dan lain-lain.

Akhir sekali, saya tetap dengan padangan saya, hasil dari bacaan saya, bahawa Balik Pulau adalah dibuka oleh Lebai Tampak dan rombongannya, melainkan saya dibuktikan oleh para sejarahwan sebaliknya dan bukannya seperti yang dituliskan dalam risalah berkaitan.

Saya juga berpandangan bahawa ada ayat-ayat yang digunakan dalam risalah myBalik Pulau boleh dianggap menghina orang Melayu diBalik Pulau. Tidak sesekali saya berniat untuk menimbul rasa benci, melainkan membetulkan pernyataan/makluman yang tidak tepat.

SEMOGA PENJELASAN DIATAS DAPAT MEMBERIKAN GAMBARAN SEBENAR KEPADA ISU BERKAITAN.

YBF : 6 Jan, 2011.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 11, 2013 at 8:42 PM

Guan eng tu yg sebenarnya RASIS...

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger