Headlines News :
Home » » Jauhkan Diri dan Guan Eng Cauvinis & Anwar Penderhaka.

Jauhkan Diri dan Guan Eng Cauvinis & Anwar Penderhaka.

KUALA LUMPUR, 27  Jan – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Fairus Khairuddin membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus bersandiwara dan bersikap pentingkan diri biarpun agama, bangsa dan negara tergadai.

Katanya, Anwar tidak pernah peduli dengan masalah orang lain kerana mahukan agenda dan matlamat peribadinya tercapai.

“Apa yang telah Anwar lakukan terhadap tanah air, agama Islam dan bangsanya sendiri adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Sikap kemunafikannya tidak boleh lagi disembunyikan oleh lakonan yang saban hari semakin menjijikkan,” katanya kepada UMNO-Online.com.

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan perlakuan Anwar selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh yang gagal memainkan peranan di negeri terbabit apatah lagi apabila Dap bukan sahaja mengambil kesempatan tetapi terus menindas masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

“Saya sendiri berpengalaman dalam memegang jawatan di Pulau Pinang dan kerana itulah saya enggan kekal. Jawatan itu hanya menjadi bayang-bayang kepada kerajaan Negeri tadbiran Ketua Menteri yang bersikap cauvinisme,” katanya yang merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelas beliau, Guan Eng tidak pernah peduli terhadap pandangan dan nasihat orang-orang di sekelilingnya malahan terus mengamalkan perkauman dalam melaksanakan pentadbirannya.
“Dari dulu semua pihak tahu bagaimana sikap cauvinisme Dap biarpun mereka melakukannya secara halus dan cuba untuk menyembunyikannya berlandaskan apa yang disuarakan dan dijanjikan kepada rakyat termasuk kepada masyarakat beragama Islam.

“Dari dulu semua pihak tahu bagaimana sikap cauvinisme Dap biarpun mereka melakukannya secara halus dan cuba untuk menyembunyikannya berlandaskan apa yang disuarakan dan dijanjikan kepada rakyat termasuk kepada masyarakat beragama Islam.

Namun demikian, semakin banyak yang dilakukan maka semakin terserlah apa yang cuba disembunyi biarpun atas kertas mereka kata lain tetapi yang dibuat tidak sama dengan apa yang tertulis,” terangnya.

Jelasnya, antara Anwar dan Lim Guan Eng saling diguna dan mempergunakan atas kepentingan masing-masing.

“Anwar tidak pernah peduli atas apa yang berlaku apatah lagi sekarang ini dia semakin terdesak untuk menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri kerana banyak perkara yang boleh dihapuskannya jika berkuasa termasuklah menyelesaikan pendakwaan di mahkamah berkaitan perlakuan moral beliau dan kemudian mengaut sebanyak mungkin kekayaan yang ada.

“Inilah sikap hipokrit sebenar Anwar sementara Guan Eng pula menggunakan proksinya untuk memperkukuh idealogi cauvinisme di Pulau Pinang sebagai landasan utama untuk ke seluruh negara,” ujarnya.

Selaras dengan itu, beliau menggesa semua lapisan masyarakat untuk menghalang dan menolak sikap negatif sedemikian yang bukan hanya memporakperandakan ketenteraman tetapi juga masa depan negara akan hancur.

“Makhluk sedemikian sangat bahaya kerana kecenderungan mereka kepada aspek sosialisme dan liberalisme yang cuba diserapkan dalam negara.”

Tegasnya lagi, Anwar tidak layak diberi ruang dalam sebuah negara yang sejahtera atas nilai kedaulatan sejak lebih 53 tahun merdeka.

“Apakah kita sanggup korbankan kemakmuran ini dengan agenda pentingkan diri Anwar dan sekutunya Guan Eng yang langsung tidak layak untuk bergelar pemimpin apatah lagi disebut sebagai negarawan. Kita mesti bersatu dan halang matlamat sempit mereka.” – MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger