Headlines News :
Home » » Angan-angan mat jenin Pakatan Rakyat.

Angan-angan mat jenin Pakatan Rakyat.



Habis meroyan didalam blog-blog pro Pakatan apabila SPR mengumumkan bahawa bendera parti lain selain dari bendera PAS tidak dibenarkan di pasang bagi pilihanraya kecil DUN N45 Galas.

Puak-puak Pakatan menuduh bahawa SPR tidak adil dan telus. Pihak SPR juga dituduh menjadi balaci UMNO kerana tidak membenarkan bendera parti gabungan Pakatan dikibarkan.

Nampak sangat bahawa puak-puak Pakatan ini berotak udang. Di Galas, hanya PAS yang bertanding. Bukannya DAP ataupun PKR. Jadi wajarlah hanya bendera PAS sahaja yang dinaikkan. Begitu juga dengan UMNO. Bendera UMNO pasti akan dinaikkan seiring dengan bendera Barisan Nasional.

Juak-juak PAS yang kurang cerdik ini semua telah mempertikaikan kenapa bendera BN dibenarkan untuk dipamerkan di PRK Galas. Mengapa bendera parti didalam Pakatan Rakyat tak pula boleh? Bagi mereka, inilah bukti bahawa SPR menjadi pencacai kepada pihak kerajaan.

Nampak tak betapa tak cerdiknya para pengikut PAS? Mereka nak pihak SPR membenarkan mereka menggunakan bendera Pakatan Rakyat, tetapi selama ini ada tak Pakatan Rakyat didaftarkan? Dan ada tak bendera rasmi Pakatan Rakyat?

Kalau Pakatan Rakyat itu sendiri belum didaftarkan dan juga dijadikan sebagai parti induk pembangkang, mana nak datangnya bendera rasmi Pakatan? Itu pun penyokong dan pengikut Pakatan tak boleh nak fikir ke?

Seharusnya mereka-mereka itu semua sedar bahawa Pakatan Rakyat itu sendiri adalah sebuah parti tidak sah kerana ia tak pernah didaftarkan!

Ini sekaligus memberi maksud bahawa pengikut serta penyokong PAS, DAP dan PKR sedang bergelumang didalam sebuah tempat perkubangan HARAM yang bernama PAKATAN RAKYAT! Itupun ada hati nak tawan Putrajaya!

Memalukan sungguh!!!
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger