NENEK RASIS : SEMINGGU TEMPOH UNTUK GUAN ENG MINTA MAAF



GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberikan tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid dengan panggilan 'nenek rasis' pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, sekiranya beliau gagal memohon maaf kepadanya.
"Beliau (Lim) menuduh saya membangkitkan porpaganda perkauman dan memanggil saya '1,000 kali jahat, pemfitnah dan seorang nenek pembohong.
"Ini satu serangan peribadi yang sangat serius terhadap saya dan ia memberi kesan kepada maruah saya sebagai wanita dan ketua pembangkang.
"Kenyataan saya mengenai isu yang saya ketengahkan dalam sidang DUN telah diputar belit dengan sengaja untuk mencipta kekeliruan dikalangan rakyat," katanya.
Jahara turut menggesa Lim menilai semula semua faktanya secara teliti, rasional dan positif.
Sementara itu, Setiuasaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan berkata Lim tidak dapat mengulas mengenai isu berkenaan kerana pada ketika ini beliau berada di luar negara

No comments:

Post a Comment