GEORGETOWN 3 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini menyangkal dakwaan ada ahlinya menendang kaki seorang jurukamera kerajaan negeri pada satu perhimpunan Jumaat lepas.
Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, pertubuhan itu juga menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurukamera terbabit dan portal berita Malaysiakini yang menyiarkan laporan berhubung dakwaan tersebut.
"Saya menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya. Ini ternyata ada pihak ketiga cuba menjatuhkan reputasi saya. Kenapa menuduh saya dan Perkasa,” katanya yang ditemui pemberita, di sini.
Mohd Rizuad sebelum itu membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dibuat Lilian Chan dan dilapor Malaysiakini bahawa beliau ditendang dua kali pada bahagian kaki oleh seorang ahli Perkasa pada perhimpunan anjuran pertubuhan tersebut di sini Jumaat lepas.
Degree in Medicine Malaysia: Why RUMC Offers the Ideal Pathway for Future
Doctors
-
If you’re planning to pursue a degree in medicine in Malaysia, choosing the
right institution can shape not just your education—but your entire career.
F...
1 week ago

Post a Comment