BUKIT MERTAJAM, 25 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu yakin masyarakat Cina di seluru negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan sebagai parti pemerintah di Malaysia.
Jelasnya walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.
“Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.
“Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Batu Kawan di Juru di sini malam tadi.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini
Best Place to Sell Gold in Malaysia (2026 Update)
-
With gold prices soaring past RM310/g in early 2026, now is the perfect
time to cash in. But finding the best place to sell gold in Malaysia is
about mor...
5 days ago
Post a Comment