KUALA LUMPUR, 28 April – DAP perlu mencerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan bahawa negara ini kononnya diperintah ala Hitler seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata pakatan pembangkang yang diketuai DAP yang mengamalkan pemerintahan ala Hitler di negeri itu sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.
“Apa yang tidak dilakukan kepada rakyat Pulau Pinang sejak mereka memerintah, berapa ramai penduduk Pulau Pinang yang menderita terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh mereka.
“Mereka juga mengamal prinsip pilih kasih, tindakan yang dibuat hanya tertumpu kepada sesuatu pihak sahaja, sedangkan pihak yang lain tetapi melakukan kesalahan yang sama tidak dikenakan tindakan,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau yang juga Adun Bertam berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan pemerintahan ala Hitler dalam perutusannya sempena Hari Easter baru-baru ini.
Menurutnya, jika benar apa yang didakwa oleh Guan Eng, Pulau Pinang tidak akan menikmati pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat walaupun negeri itu diperintah oleh pembangkang, adalah lebih baik tumpukan kepada negeri yang dikuasai BN.
“Guan Eng sebagai Ketua Menteri sepatutnya mengetahui apa yang telah dibuat olehnya sepanjang berkuasa di Pulau Pinang, sedangkan kerajaan pusat tidak meminggirkan Pulau Pinang walaupun negeri ini diperintah oleh pemmbangkang,” katanya.
Tegasnya, Guan Eng tidak perlu menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan pentadbiran yang dilakukan pakatan pembangkang semenjak mereka memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang. -MediaUMNO.
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
1 day ago
Post a Comment