BALIK PULAU, 2 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.
Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.
“Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan,” katanya pada sdiang media selepas menghadiri Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.
Najib berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.
Katanya selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.
“Ada juga pihak pembangkang yang mendakwa kononnya krisis kepimpinan yang berlaku di negara Timur Tengah akan berlaku di Malaysia, dan saya ingin beri jawapan, bahawa dalam keadaan krisis di sana, majoriti BN terus bertambah baik pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.
“Ia asam garam dalam politik, ada masanya berada diatas dan ada masanya berada dibawah, kita harus bangun dan mencari faktor-faktor yang boleh mendorong kita naik diatas dan jangan begitu kecewa,” katanya.
Beliau berkata untuk bangkit semula, semua pemimpin dan anggota BN hendaklah menggunakan anologi semangat gotong royang iaitu bermuafakat dengan satu matlamat dan hanya dengan memberi fokus kepada usaha mencapai satu matlamat yang sama, dan ia menjadi asas kepada kejayaan untuk merampas kembali Pulau Pinang.
“Jangan ada masalah dalam keluarga BN, sepatutnya tolak perselisihan dan juruskan kerjasama, dan lakukan yang terbaik barulah kita boleh bangun,” katanya.
Perdana Menteri seterusnya menyelar pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Pulau Pinang sedangkan hakikatnya pulau mutiara itu terus dimajukan oleh kerajaan BN sejak dahulu hingga sekarang, termasuk dalam usaha meningkatkan pelaburan asing.
“Bukan tidak mahu bekerjasama (dengan kerajaan negeri) tetapi ada pihak yang ingin bermain politik ibarat pepatah lembu punya susu sapi dapat nama,” katanya.
Sehubungan itu Najib menggesa rakyat Pulau Pinang supaya tidak memperjudikan masa depan mereka, dan mereka perlu memastikan BN kembali memerintah negeri.
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
-
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik Ibarat biduk berlalu,
kiambang bertaut. Demi perjuangan untuk agama, tanah air dan bangsa,
ketepikan persel...
22 hours ago
Post a Comment