BUKIT MERTAJAM 10 April - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak polis menyelesaikan dan mendedahkan segera hasil siasatan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin kanan pembangkang bagi meredakan segala spekulasi negatif dalam kalangan masyarakat.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin menegaskan, siasatan yang terlalu lama hanya akan menimbulkan pelbagai persepsi dan perkembangan itu dikhuatiri mengakibatkan rakyat lebih mempercayai spekulasi berbanding kebenaran dalam isu tersebut.
"Bila ia (siasatan) berlarutan, maka spekulasi timbul dan ia mempengaruhi persepsi rakyat. Kita tidak mahu bila keputusan siasatan diumumkan kelak, orang sudah tidak kisah kerana kadang-kadang persepsi menjadi lebih penting berbanding kebenaran.
"Sepatutnya dalam kes ini, kebenaran perlu diutamakan demi memberi keadilan kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Konvoi Jom Jelajah 1Malaysia di Kampung Machang Bubok, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Shaik Hussein Mydin.
Langkah mempercepatkan siasatan kes itu juga, kata beliau, mustahak bagi memulihkan imej dan nama Malaysia di luar negara yang terpalit ekoran pendedahan skandal berkenaan.
Best Place to Sell Gold in Malaysia (2026 Update)
-
With gold prices soaring past RM310/g in early 2026, now is the perfect
time to cash in. But finding the best place to sell gold in Malaysia is
about mor...
5 days ago
Post a Comment