Headlines News :
Home » » AZMIN AKUI PEMILIHAN PKR TAK TELUS & BERSIH , CADANG TUBUH JAWATANKUASA BEBAS

AZMIN AKUI PEMILIHAN PKR TAK TELUS & BERSIH , CADANG TUBUH JAWATANKUASA BEBAS




GEORGETOWN - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencadangkan parti itu menubuhkan jawatankuasa bebas bagi memastikan pemilihan parti yang telus, bersih dan adil.

Katanya jawatankuasa itu perlu ditubuh secara tetap dengan pegawai serta staf yang terlatih dan mereka akan berperanan sebagai 'pengawas pilihan raya'.

Cadangan ini akan dibincang di peringkat pucuk pimpinan pusat bagi tindakan lanjut, katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bilik Gerakan Keadilan Bukit Gelugor, di sini hari ini.

Azmin mengulas mengenai 12 daripada 22 pemilihan cabang PKR di Selangor yang dibatalkan semalam atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.

Pemilihan yang dibatalkan itu membabitkan Cabang Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.

Ditanya mengenai kekecohan yang sering berlaku dalam setiap pemilihan parti itu, beliau berkata: "Kita kena lihat dari sudut yang positif. Ini parti politik yang pertama menggunakan sistem pemilihan yang cukup terbuka dan demokratik iaitu satu anggota satu undi...jadi, kita kena terima itu sebagai satu pembaharuan di dalam sistem politik negara kita.

"Perkara yang baharu sudah tentu ada penambahbaikan yang perlu dibuat. Jadi, sekarang ini kita sudah teliti ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat, kita akan lakukan." - Bernama
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger