Headlines News :
Home » » PEMUDA UMNO HANTAR FASA KEDUA SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR

PEMUDA UMNO HANTAR FASA KEDUA SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR




KUALA LUMPUR 6 Dis – Fasa kedua Pemuda UMNO hari ini bergerak ke lokasi banjir dalam usaha membantu menghulurkan pelbagai bantuan dalam bentuk makanan serta keperluan lain seperti ubatan, lampin bayi, susu, air mineral dan tuala wanita,
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata fasa kedua itu yang disertai oleh 100 sukarelawan dari Pemuda pusat dengan nilai barangan yang hampir mencecah RM600,000 akan membantu 1000 sukarelawan yang kini berada di negeri yang terlibat.
“Hari ini adalah fasa kedua menerusi Ops Banjir yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi di bawah Briged Kesatria muda Pemuda UMNO.
“Seramai 100 sukarelawan daripada Pemuda pusat terlibat untuk membantu 1000 sukarelawan yang sudah ada di negeri-negeri dan mereka ini membawa 30 kenderaan 4×4 dan tiga lori yang akan bawa 4000 kotak barangan yang mengandungi beras, bihun, ubatan, lampin, tuala wanita, biskut dan macam-macam lagi yang mencecah RM600,000.
“Destinasi kita adalah Pahang, Terengganu dan sebahagian Johor serta Kelantan. Kita hantar mereka sampai kita selesai agih dan fasa ketiga adalah fasa pembersihan. Selalu kita lihat apabila air dah turun ramai ingat masalah banjir dah selesai tetapi bagi mangsa banjir, mereka ini terpaksa balik kepada satu keadaan yang amat teruk perlu dibersihkan rumah dan sebagainya, “ katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ops Banjir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Plaza Merdeka, PWTC, di sini, hari ini.
Tambah Khairy lagi pihaknya mendapat kerjasama daripada MBM dan juga pelbagai pihak lain yang telah sudi membantu menghulurkan sumbangan
“Pada masa yang sama kita juga tidak mahu orang salah faham bahawa walaupun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, namun mangsa banjir tetap diutamakan.
“Ahli kita 3 juta. Walaupun berhimpun di sini tidak bermakna ahli kita tidak bergerak di bawah. Malah ramai juga pemimpin kita tidak ada di sini. Datuk Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said, Datuk Shabery Cheek, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan pimpinan lain. Malah PM, Datuk Seri Najib serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pun turun padang,’ katanya.
Sementara itu, Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO, Arman Azhar Abu Hanifah ketika ditemui menjelaskan pihaknya sedia membantu dan hari ini adalah fasa kedua sukarelawan yang akan turun padang.
“Sekali lagi menujukkan Pemuda prihatin dan tidak hanya bercakap tetapi implementasikan. Harap mangsa banjir bersabar dan insyaallah kita sedia membantu sekadar termampu.Sukarelawan kita akan turun seramai yang boleh dalam usaha membantu mangsa banjir,” katanya. -MediaUMNO
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger