Headlines News :
Home » » UMNO UBAH STRATEGI , TIADA CERAMAH POLITIK DI PRK KUALA BESUT

UMNO UBAH STRATEGI , TIADA CERAMAH POLITIK DI PRK KUALA BESUT



Jertih: UMNO menolak tanggapan ketiadaan ceramah politik pada waktu malam sepanjang 12 hari berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut bakal mengundang masalah. 

Sebaliknya, pendekatan berjumpa pengundi untuk mengenal pasti masalah mereka dan berusaha mengatasinya lebih berkesan bagi memastikan kerusi Kuala Besut tidak terlepas ke tangan pembangkang. 

Walaupun tiada ceramah politik selepas solat Tarawih, jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetap berjaya menyampaikan maklumat kepada pengundi mengenai dasar dan hala tuju kerajaan dengan kaedah beramah mesra dengan pengundi. 


Dekati penduduk 

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata UMNO Bahagian Besut dipimpin Datuk Seri Idris Jusoh tidak membenarkan jentera parti berceramah, sebalik lebih cenderung menggunakan kaedah bertemu orang ramai untuk menyampaikan dasar kerajaan.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger