Headlines News :
Home » » DAP malu besar , PKR pertahan kepimpinan Jui Meng di Johor

DAP malu besar , PKR pertahan kepimpinan Jui Meng di Johor



SHAH ALAM - Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng terus diberi kepercayaan untuk mengetuai kepimpinan PKR negeri itu walaupun berhadapan desakan supaya beliau digantikan dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi satu kenyataan media berkata, parti itu yakin dengan kepimpinan yang ditonjolkan oleh Jui Meng selama ini ditambah pula dengan jasa bekas pemimpin MCA itu.   

"Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat," ujar Azizah.

Kemelut PKR dan DAP Johor bermula ekoran perebutan pembahagian kerusi khususnya di Parlimen Gelang Patah.

Keadaan tambah meruncing apabila Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau mendakwa Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti komponen Pakatan Rakyat sejak beberapa bulan lalu.

Dr Boo dalam satu kenyataan juga menggesa Anwar turun ke Johor mengemudi PKR negeri itu sambil menyatakan perasaan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Jui Meng.

Pendedahan Dr Boo itu mendapat perhatian serius daripada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang memberitahu, satu siasatan akan dilancarkan bagi mengesahkan tuduhan tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab di atas serangan tersebut.

Karpal turut menyuarakan kebimbangannya terhadap persengketaan terbuka di antara PKR dan DAP negeri itu.

Menurutnya, perbalahan yang diketahui umum itu boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Pas, DAP dan PKR telah membuat impak besar dalam landskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok.

"Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan," ujar Azizah.

Sehubungan itu, beliau meminta apa pun perbezaan pendapat membabitkan perikatan itu tidak didedah kepada umum apatah lagi ketika pilihan raya semakin hampir.

"Sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng," tambahnya
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger