Headlines News :
Home » , » Masalah dalaman parti hampir diselesaikan - @Zahid_Hamidi

Masalah dalaman parti hampir diselesaikan - @Zahid_Hamidi




Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir semua masalah dalaman yang dihadapi Umno di kesemua 222 kawasan Parlimen berjaya diselesaikan. Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil kerjasama semua pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi menyelesaikan masalah dalaman itu.

 Mengambil contoh di Perak, beliau berkata kekalahan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri.

 "Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman...jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan menimbulkan masalah baru pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini hari ini.

 Dalam pada itu beliau menasihati anggota parti agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno sekarang dan hanya melayan masalah dalaman sehingga mengabaikan akar umbi jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

 "Jika ada perkara yang tidak puas hati perlu berbincang, perpaduan dalam parti adalah penting bagi memastikan kita dapat semula majoriti dua pertiga dan tawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

 Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan dibina di kawasan antara Rompin-Pekan, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut. - Bernama
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 17, 2012 at 8:06 AM

Usahlah yakin sangat Yb Dato. Banyak lg yg belum selesai di beberapa bahagian seluruh negara. Ada dikalangan Ketua Bahagian sepatutnya berundur daripada mencalonkan diri sendiri untuk PRU 13 kerana faktor usia, cara kerja dan kepimpinan yang tidak lagi diterima oleh generasi muda.

Ada menteri pun patut berundur. Jangan nak menongkat langit. Bagi ruang kepada kepemimpinan muda yang mampu mencorakkan negara ini membantu YAB Dato Seri Najib.

Pengundi bukan terdiri daripada ahli Umno saja. Berapa sangat jumlah ahli Umno jika dibandingkan jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. Orang macam Dato Rais dah sepatutnya keluar dari kepimpinan negara.

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger