Headlines News :
Home » » Kenapa Anwar takut sangat dengan Guan Eng ?

Kenapa Anwar takut sangat dengan Guan Eng ?




NIBONG TEBAL 26 Sept. - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempersoalkan kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu takut dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Katanya, Anwar juga perlu menjelaskan dakwaan sama ada beliau akan menyerahkan kuasa mutlak kepada DAP untuk mentadbir Pulau Pinang kerana perkara itu disifatkan terlalu berbahaya.

 "Wanita UMNO ingin bertanya kepada Anwar mengapa beliau terketar-ketar dengan Guan Eng dan membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh Ketua Menteri termasuk isu PKR di Pulau Pinang.

 "Wanita nak tahu sebab ramai rakyat di Pulau Pinang adalah pengundi dan saya anak kelahiran Pulau Pinang. Kami nak tahu pasal apa Anwar tak buat pembelaan atas apa yang berlaku sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Salam Sayang anjuran Wanita UMNO di Dewan Perda, Sungai Acheh di sini hari ini.
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger