Headlines News :
Home » » CAP kecam replika botol arak gergasi di Georgetown

CAP kecam replika botol arak gergasi di Georgetown



GEORGE TOWN - Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, telah mengejutkan banyak pihak. Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar Georgetown dilaporkan kurang senang melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal tersebut.

 Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ketika dihubungi, mengecam keras tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

 Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria". "Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa. Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.

 "Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini. Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 2, 2012 at 1:12 PM

kasi bakar je replika tu

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger