PULAU PINANG 5 Julai - Surat daripada kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung cadangan pembinaan sebuah universiti awam di Kampung Genting, Balik Pulau di sini seolah-olah sengaja dihantar untuk memecah-belahkan orang Melayu di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, kesan negatif itu dapat dilihat apabila penduduk kampung mula bertelagah sesama sendiri.
Menurutnya, penyokong parti politik yang berbeza kini masing-masing cuba mempertahankan dan menyalahkan sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.
"Saya nampak kesannya sudah ada di mana masyarakat Melayu di peringkat bawah mula bertelagah.
"Saya menyalahkan surat tersebut kerana ia berjaya memecah-belah orang Melayu di kampung terbabit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Muhammad Farid mendakwa surat yang dihantar oleh kerajaan negeri kepada pemilik tanah berhubung cadangan pembinaan sebuah universiti awam di Kampung Genting di sini meragukan.
Surat yang dihantar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bertarikh 29 Jun lalu itu menyatakan tanah mereka akan diambil bagi memberi laluan kepada pembinaan universiti awam antarabangsa iaitu Asian Women Leadership University (AWLU).
Kandungan itu meragukan kerana dalam pertemuan Muhammad Farid dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Balik Pulau awal tahun ini, Timbalan Perdana Menteri tidak pernah memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, semakan yang dibuatnya dengan Kementerian Pengajian Tinggi pula mendapati tiada sebarang kelulusan pernah diberikan untuk membina universiti itu kecuali Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dalam perancangan.
Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
-
Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib Memang benar, di
awal pendakwaan mantan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, DS Najib,
belia...
2 hours ago
+ comments + 1 comments
DAPigs ni kan dah kita tau takkan langsung nak membela orang-orang melayu..pasal apa nak sokong lagi? yang melayu bahlol gi sokong DAPigs ni pasal apa..sendiri tanggunglah..
Post a Comment