Headlines News :
Home » » 1 ribu penduduk Bayan Lepas bantah MPPP lulus projek rumah mewah lereng bukit !

1 ribu penduduk Bayan Lepas bantah MPPP lulus projek rumah mewah lereng bukit !




- Kira-kira 1,000 penduduk sekitar kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan projek perumahan elit di Lot 14345, Mukim 12, daerah Barat Daya di sini.

Penghuni Taman Sunrise dan Taman Rain Tree itu bimbang projek hartanah mewah melibatkan pembinaan 92 unit banglo dan 15 blok pangsapuri yang dibangunkan di kawasan lereng bukit sekitar kediaman mereka bakal mengancam keselamatan penduduk.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sunrise, Manuel Nicholas berkata, pihaknya menerima pekeliling daripada MPPP pada 27 Februari lalu yang memaklumkan kelulusan projek itu oleh kerajaan negeri.

"Projek itu akan dibangunkan di kawasan bukit batu yang mempunyai ketinggian lebih 76 meter dari aras laut dan berkecerunan melebihi 25 darjah, ia jelas bertentangan dengan Garis Panduan pembangunan Tanah Bukit.

"Mereka tidak memikirkan keselamatan kami yang mendiami kawasan ini. Setiap kali hujan, hati kami tidak pernah tenteram. Risau kalau-kalau tanah jatuh menimpa kami. Adakah mereka mahu kejadian buruk berlaku baru mahu bertindak?" katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, penduduk telah berjumpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim dan Exco Perumahan negeri Wong Hon Wai pada Disember lepas, namun masalah itu gagal diselesaikan. - BERNAMA
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger