Headlines News :
Home » , » Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Abdullah Badawi meriah dikunjungi rakyat

Rumah Terbuka Aidilfitri Tun Abdullah Badawi meriah dikunjungi rakyat



KEPALA BATAS: Ribuan rakyat mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah di Dewan Komplek Budi Penyayang , di sini hari ini.

Rumah terbuka yang bermula pukul 10 pagi  dihadiri rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat .Rakyat Malaysia terutamanya yang berada di bahagian utara tanah air, mengambil kesempatan sambutan hari Pertama Aidilfitri bertemu Abdullah dan isteri pada majlis rumah terbuka itu.




Antara orang kenamaan yang menghadiri rumah terbuka itu adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Pengerui Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  YBhg  Dato Zainal Abidin Osman .

Suasana meriah dan gembira jelas terserlah di wajah kalangan pengunjung apabila mereka berpeluang bersalaman dan beramah mesra dengan Pak Lah  dan isteri .

Selain itu, mereka turut menikmati pelbagai juadah Aidilfitri di  gerai makanan dan minuman yang disediakan pada majlis itu. MY PENANG ONLINE 

Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger