Headlines News :
Home » » Kerajaan BN bayar RM 4.8 juta untuk elaun nelayan P.Pinang

Kerajaan BN bayar RM 4.8 juta untuk elaun nelayan P.Pinang



BALIK PULAU 19 Julai — Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan kira-kira RM4.8 juta bagi bantuan sara hidup untuk diagihkan kepada kira-kira 4,500 nelayan di negeri ini bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, Raja Kahalid Raja Ariffin berkata, setiap nelayan yang berdaftar dengan lembaga itu menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 setiap bulan.

"Kerajaan membelanjakan kira-kira RM900,000 setiap bulan bertujuan membantu nelayan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian elaun berkenaan kepada 559 nelayan di Teluk Bahang di sini, hari ini. - Bernama
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 20, 2011 at 5:45 PM

dlm ramai2 tu mesti ada penyokong pembangkang......baik nye kerajaan bn!!harap2 depa insaf dan balik kepangkal jalan no!!!

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger