PULAU PINANG, 8 April – Ketua UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata rakyat di negeri ini sekarang sudah mampu menilai dan membuat perbandingan antara pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang ketika ini yang ternyata hanya pandai membuat janji-janji kosong.
Jelas beliau pada pilihanraya umum lalu ramai yang terpedaya dengan pelbagai janji yang ditaburkan dan selepas tiga tahun berlalu rakyat sebenarnya dapat melihat reality kemampuan sebenar pakatan pembangkang.
Malah kata beliau lagi senario di negeri ini pada waktu ini memperlihatkan kebangkitan suara rakyat terutama golongan muda yang mahukan masa depan mereka lebih terbela.
“Ini jelas dapat dilihat apabila aktiviti dan program yang kita buat sekarang ini mendapat sambutan yang amat baik daripada golongan muda.
“Sekarang, rakyat Pulau Pinang dah dapat membezakan pemerintahan semasa zaman BN dan DAP. Rakyat dah tahu kerajaan pakatan pembangkang ini hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi semuanya janji kosong”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sambil memberi contoh terbaru yang membabitkan rumah pangsa Padang Tembak di Air Itam, beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang seterusnya berkata itu adalah sebahagian daripada bukti betapa pakatan pembangkang ini cakap tak serupa bikin.
“Pembangkang janji, sebulan selepas mereka memerintah, rumah pangsa tersebut akan dicat. Tetapi selepas tiga tahun, ianya masih tidak tertunai. Baru-baru ini, bila Perdana Menteri nak turun melawat, baru sibuk Ketua Menteri turun padang janji nak cat, itupun kerajaan negeri hanya bagi 80 peratus sahaja dan 20 peratus harus ditanggung oleh rakyat.“Kenapa nak janji macam ni? Supaya nanti senang, kalau tak cat lagi, boleh cakap sebab rakyat tidak mahu tanggung lagi 20 peratus jadi kerja-kerja mengecat tidak dapat dijalankan. Kita dah tahu dah taktik menipu mereka”, ujar beliau.Ini tambahnya lagi tidak termasuk kezaliman kerajaan negeri terhadap peniaga-peniaga kecil serta beberapa kampung yang telah pun dirobohkan
“Mereka hanya pandai putar belit keadaan dan ini membuatkan rakyat semakin muak dan jelak. Janji lain buat lain,“Kita tahu mereka akan datang sekali lagi pada pilihanraya umum akan datang untuk berjanji dan memberi gula-gula. Tapi kira fikir rakyat tidak akan lagi terpedaya,” katanya.Tegas beliau cukuplah rakyat ditipu oleh pakatan pembohong ini dan tanda-tanda kebangkitan rakyat sudah mula dirasai.
“Cukup tiga tahun rakyat di Pulau Pinang ditindas dan ditipu. Rakyat sedar, hanya BN yang mampu mengotakan janji,” terangnya. -MediaUMNO
Post a Comment