Headlines News :
Home » » 9 keluarga Kampung Buah Pala terus dipinggir

9 keluarga Kampung Buah Pala terus dipinggir

PULAU PINANG 26 Jan. – Sudahlah tidak dipeduli dan dipinggirkan kerajaan DAP Pulau Pinang, kini hati serta perasaan mereka pula dipermain-mainkan.

Itulah nasib yang menimpa sembilan keluarga yang pernah mendiami Kampung Buah Pala sejak turun-temurun.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumaran, beliau kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tertentu menaikkan kain rentang menggambarkan seolah-olah isu pampasan di kampung berkenaan telah selesai.

Katanya, kain rentang tersebut dikesan dipasang di Jalan Utama di sini semasa perayaan Thaipusam pada 20 Januari lalu.

“Ternyata ia mengelirukan rakyat kerana daripada 33 keluarga asal di kampung ini, hanya 24 keluarga mendapat pampasan.

“Ada sembilan lagi keluarga masih menunggu pembelaan seperti yang dijanjikan kerajaan negeri dulu,” katanya ketika ditemui pemberita di bekas tapak Kampung Buah Pala, Gelugor di sini hari ini.

Beliau turut menunjukkan gambar kain rentang berkenaan yang tertulis antaranya Penang Pakatan Rakyat Government delivered its promise dan We thank the Pakatan Rakyat Government of Penang - from Kampung Buah Pala Residents’.

Sugumaran menambah, dakwaan sembilan keluarga terbabit menolak pampasan yang diberikan juga tidak benar.

Ini kerana, jelas beliau, mereka telah berkali-kali cuba untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng, namun, sehingga kini, permohonan tersebut tidak dilayan

“Terbaru, minggu lepas, kami jumpa Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik dan meninggalkan nombor telefon untuk membuat temujanji dengan Guan Eng.

“Sehingga hari ini, kami masih tertunggu-tunggu maklum balas daripada Guan Eng,” ujarnya - Utusan Malaysia
Share this post :

Post a Comment

 

Copyright © 2012. MyPenangOnline - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger