PERMATANG PAUH 7 Julai - Sebanyak 1000 bekas bubur lambuk telah diagihkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Negeri & Bahagian Permatang Pauh kepada penduduk di sekitar Permatang Pauh di sini, semalam. Ia juga turut dibantu oleh sukarelawan BNYV P.Pinang serta qaryah Masjid Tuan Abdullah.
Bubur lambuk tersebut telah disampaikan oleh Ketuanya Wanita UMNO Negeri Senator YB Norliza Abd Rahim bersama Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh Mohd Zaidi Hj Mohd Said , Ketua Wanita UMNO Bahagian Rosni Salleh , Ketua Pemuda UMNO Bahagian Abu Bakar Sidekh & kepimpinan AJK bahagian itu kepada orang ramai yang melalui jalan di depan Wisma Transformasi UMNO Permatang Pauh .
Selain itu, bubur lambuk tersebut turut diserahkan kepada 5 penerima bantuan Ihya Ramadhan Pergerakan Wanita UMNO Negeri yang menyampaikan barangan keperluan harian & wang tunai dengar mengunjungi rumah mereka .
Bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar |
pasangan warga emas dibantu & diraikan di bulan Ramadhan |
warga emas yang menghidapi penyakit kencing manis gembira kehadiran Wanita UMNO yang hadir ziarah |
keluarga ibu tunggal turut dibantu |
No comments:
Post a Comment