YAACOB BEBAS TAK SERIK KALAH , KINI TANDING CALON PRK BUKIT GELUGOR
GEORGETOWN - Walaupun kalah teruk ketika bertanding sebagai calon Bebas kerusi Dun Sungai Pinang pada PRU13 tahun lalu, ia bukan penghalang bagi Mohd Yacoob Mohd Noor, 25, untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat.
Kali ini, anak muda yang lebih dikenali sebagai Yaacob Bebas mengesahkan mahu bertanding PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei depan.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, banyak pengajaran yang dapat diambil dari kekalahannya pada pilihan raya lalu .
Pengalaman itu akan menjadi ikhtibar dalam menghadapi saingan kali ini.
"Selepas bermesyuarat bersama penyokong dua hari berturut-turut saya memutuskan untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor.
"Saya sudah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi tujuan berkempen dan kami bersedia untuk melakukan kempen mulai esok untuk turun bertemu dengan masyarakat sekitar Parlimen Bukit Gelugor" katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir beberapa pengikutnya yang datang bagi memberikan sokongan.
Mengakui tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menghadapi PRK Parlimen Bukit Gelugor, Yaacob bersyukur kerana terdapat beberapa syarikat yang sudi menaja bahan kempennya.
Yaacob turut menyangkal ditaja oleh mana-mana parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Menggunakan slogan 'Yaacob Bebas Demi Rakyat', Yacoob berkata, manifesto yang akan dibawa pendidikan percuma dan peluang perniagaan kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
"Sekiranya saya diberi peluang dan mandat untuk menerajui Parlimen berkenaan, saya akan membuka pusat tuisyen secara percuma kepada keluarga yang berpendapatan RM1,7000 ke bawah selepas dua minggu.
"Saya juga akan sentiasa turun mendampingi rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yang di hadapi selama ini," katanya.
Yacoob yakin akan mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar kawasan berkenaan walaupun kebanyakan pengundi majoritinya Cina.
"Beberapa persatuan penduduk menyatakan sokongan dan ini menguatkan lagi semangat saya untuk bertanding," katanya.
Pada PRU13, Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di Dun Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP, Lim Siew Khim dengan mendapat 12,354 berbanding calon BN, Dr Thor Teong Gee mendapat 7,647 undi.- SH-
No comments:
Post a Comment