JELAJAH PERINGATI KARPAL UNTUK KEMPEN POLITIK DAP DI PRK GELUGOR - PEMUDA MCA




program memperingati mendiang Karpal Singh yang diadakan di beberapa negeri oleh DAP baru-baru ini adalah semata-mata untuk tujuan politik, kata Pemuda MCA.

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata, DAP menggunakan tokoh politik veteran itu untuk meraih undi rakyat terutama sekali di Bukit Gelugor yang akan diadakan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

"Ya, ia memang bertujuan politik... jika tidak kerana pilihan raya kecil, mereka tentu tidak akan berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sambil menyifatkan kerusi Bukit Gelugor sesuatu sukar untuk dirampas oleh MCA, Chong turut berkata ia akan lebih sukar sekiranya kerusi itu ditandingi oleh anak Karpal Singh.

Selain itu, beliau juga mengkritik sikap DAP yang menggunakan Karpal sebagai jalan untuk menentang hudud.

Ujarnya, kata-kata DAP mengakui 'pegangan Karpal adalah pegangan DAP', amat bertentangan dengan tindakan mereka yang mahu bertanding atas tiket PAS semasa mereka mengalami masalah pendaftaran parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menyentuh tentang isu hudud pula, Chong memberi amaran kepada UMNO supaya tidak menjadikan hudud sebagai pegangan Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkataUMNO ingin bekerjasama dengan PASbagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Bagaimanapun MCA secara tegasnyamenolak hukum hududyang dicadangkan oleh PAS, namun menafikan bahawa mereka menolak agama Islam.

"Saya harap mereka tidak benar-benar laksanakannya (hudud)... itu pandangan kami dari MCA. Dan saya harap UMNO tahu tentang itu," tambahnya.

Program memperingati bekas Pengerusi DAP, Karpal Singht telah diadakan di beberapa negeri bermula dengan Kuala Lumpur pada 24 April, diikuti Ipoh pada 25 April, Skudai pada 27 April, Melaka pada 30 April, Seremban pada 2 Mei, Puchong pada 3 Mei dan berakhir Pulau Pinang pada 5 Mei.

Program tersebut dihadiri oleh para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tokoh-tokoh lain seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Sasterawan Negara A. Samad Said dan Hishammudin Rais juga hadir memberikan penghormatan serta ucapan mereka.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalamkemalangandi kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi 17 April.

Juga terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, manakala anak beliau, Ram Karpal, dilaporkan cedera parah.


No comments:

Post a Comment