Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Rabu 21 Mei 2014
Kenyataan Terhadap Ucapan
Adun Seri Delima YB RSN Rayer di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei 2014
1. UMNO Pulau Pinang ingin melahirkan rasa marah,kecewa dan sangat tidak berpuas hati terhadap YB Adun Seri Delima RSN Rayer yang berkata "Celaka, Celaka, Celaka UMNO" dalam ucapan beliau semasa berucap mencadangkan usul Ucapan Terima kasih di atas Ucapan Perasmian TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, Selasa 20 Mei 2014.
2. Kata-kata beliau adalah amat keterlaluan, tidak beradab, biadap,tidak sopan dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang wakil rakyat yang juga seorang peguam. Pertuturan sebegitu amat memalukan dan mencemar kedudukan beliau sebagai seorang penggubal dan pengamal undang-undang.
3. Walaupun YB-YB Ahli Dewan Undangan Negeri diberikan perlindungan imuniti di dalam Dewan Undangan Negeri, ia tidak sepatutnya digunakan untuk melemparkan kata-kata sesat dan keterlaluan, menghina mana-mana individu serta membuat tuduhan tidak berasas kepada parti lawan terutamanya terhadap pemimpin-pemimpin parti lawan yang tiada dalam Dewan yang sama untuk memberi jawapan balas.
4. YB Adun Seri Delima RSN Rayer perlu sedar bahawa setiap kata-kata kesat dan menghina yang diungkapkan beliau dengan tujuan untuk mengguris dan menyakitkan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO akan mengundang tindak balas daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
5. YB Adun Seri Delima RSN Rayer tidak sepatutnya menggunakan kesempatan dan ruang berbahas di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan berkempen bagi pihak DAP yang terlibat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor dan Telok Intan. Beliau seharusnya menumpu kepada membahaskan isu-isu yang memberi kepentingan langsung kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak berdrama atau mencari populariti politik semata-mata.
6. UMNO Pulau Pinang berpandangan YB Adun Seri Delima RSN Rayer tidak ikhlas dan tidak jujur dalam menjaga hubungan di antara rakyat Pulau Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Beliau nampaknya terperangkap dengan tabiat buruk menggunakan kesempatan yang ada untuk membangkitkan kemarahan dan tindak balas ahli-ahli UMNO.
7. Beliau seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati dalam menjaga pertuturan dan percakapannya samada di dalam Dewan ataupun di luar Dewan.
Terima kasih. -
Kita bncgkn gst. Satu sistem yg telah diamalkn oleh 160negara . Satu mekanisma pengutipn cukai berkesan.. siapa untung siapa rugi yg dinaytakn oleh rafizi adlh misleading.. no doubt the best system is Sistem Allah, sistem zakat. But now v r discussing on gst.. ok . This how it is. Tanpa gst kita akan lihat terlalu byk tax avoidance penipuan cukai oleh golongan peniaga yg ekonomi majoritinya adlh golongan bkn bumiputra. Akibatnya pendpatan negara ditiris berkurangan. Dasar DEB oleh Tun Razak tidak tercapai apabila yg mengelak cukai ini submit false submission. Thats GST. Dimana golongan ini x boleh nk tipu lg. Sbb setiap peringkat dari Pengilang ke Pemborong ke Retailer kena daftar dn setiap transaksi jualan tidak dpt elak lg. So majoriti golongan peniaga2 ni sapa. Fikir2lh. Jgn jadi Melayu bodoh.. org ramai tetap byr hrg sama malah kurang sikit. I am an accountant. Kwn cina sy seorg akauntan bertauliah menyokong gst. Dn sy xfhm knp org2 melayu kita begitu naif utk memahami ilmu ini. Astagfirullahuazim
ReplyDelete